ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max raih jualan tertinggi pada bulan Mac

Berita Tempatan

Views

Isuzu D-Max generasi ketiga berjaya mencatatkan jualan tertinggi untuk pasaran tempatan pada bulan Mac 2022. Ini sekali gus mengatasi jualan bulanan tertinggi yang pernah dicapai, sejak Isuzu Malaysia mula beroperasi pada 2005.

Isuzu Malaysia mencatatkan 1,233 pendaftaran bagi Isuzu D-Max sepanjang bulan Mac, mengatasi rekod Isuzu sebelumnya dengan 885 unit terjual pada Disember 2014 selepas pengenalan varian 3.0 liter V-Cross.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo, keutamaan syarikat adalah untuk meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan yang juga semakin bertambah terhadap trak pikap pelbagai guna ini.

Varian 1.9 Premium Auto merupakan varian paling banyak diserahkan sepanjang Mac dengan 350 unit.  Permintaan terhadap varian andalan X-Terrain juga memperlihatkan peningkatan, dengan 163 unit berjaya diserahkan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif terkini Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe menggariskan keperluan untuk mengutamakan kepuasan pelanggan melalui usaha jualan dan lepas jualan yang diperbaik lagi.

Okazoe yang memegang ijazah undang-undang daripada Universiti Kyushu telah terlibat dengan perniagaan Isuzu sejak 26 tahun lalu. Beliau yang pernah berkhidmat di Jepun, Amerika, India dan Thailand telah menyandang beberapa kedudukan dalam lapangan korporat dan perancangan jualan.

Sasaran beliau adalah untuk memperkukuh rangkaian Isuzu dan memberikan lebih kepuasan kepada pelanggan di Malaysia. Katanya, meskipun secara relatifnya masih sebuah syarikat yang baharu, jumlah pelanggan telah berkembang agak pesat dalam tempoh 17 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply