ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu Myvi secara melulu gara-gara bertengkar dengan kekasih, pelakon ditahan

Tular

Views

Tindakan seorang selebriti memandu kereta secara melulu menyebabkan seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan itu dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dekat Ampang Jaya, kelmarin.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara ‘zig-zag’ hingga hilang kawalan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami cedera ringan.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu. Pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, hari ini.

Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial, sejak semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply