ARKIB

KATEGORI

Buletin

Papan tanda jalan salah ejaan jawi telah diganti – MPKj

Berita Tempatan

Views

Papan tanda nama di Jalan Dana Permai, Semenyih yang dikesan mempunyai kesalahan tulisan jawi diganti semalam, maklum Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Portal Selangorkini melaporkan, menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, penukaran papan tanda baharu mengikut spesifikasi dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kesilapan berkenaan tular baru-baru ini.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Jelasnya, pemasangan papan tanda terdahulu dibuat pemaju mengikut kelulusan pelan infrastruktur pada 4 Oktober 2017 dan disahkan individu profesional mempunyai gambaran lengkap.

Namun, terdapat kesilapan dilakukan pembekal papan tanda nama tersebut di mana tulisan jawi tidak mengikut pelan kelulusan sebenar.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

MPKj menambah, penyelenggaraan kemudahan di kawasan tersebut belum diserahkan kepada pihaknya, sebaliknya masih bawah tanggungjawab pemaju.

Perlu ditegaskan bahawa semua pihak perlu memastikan keseluruhan pembinaan di tapak mengikut kelulusan pelan infrastruktur telah diluluskan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply