ARKIB

KATEGORI

Tular

Patut la abang polis ni ‘sweet’ sangat, rupa-rupanya…..

Tular

Views

Kita kalau tiba-tiba ternampak sekatan jalan raya (SJR) mungkin akan mula rasa menggelabah dan cuak sikit kan? Kalau tak buat salah, buat apa nak takut betul tak? Seperti yang kita sedia maklum, ketika ini beberapa negeri di seluruh negara sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ada beberapa lokasi tertentu telah diadakan SJR.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Namun kisah tular yang kami nak kongsikan ini agak ‘jarang-jarang’ berlaku sebenarnya. Menurut perkongsian video di akaun Facebooknya seorang pegawai perubatan, Dr Farzana Abdullah telah ‘terserempak’ dengan suaminya, seorang anggota polis yang kebetulan sedang bertugas menjaga SJR.

Apa yang menarik, doktor wanita itu sempat merakam video aksi suaminya Mohd Haniff yang melakukan simbol hati dengan kedua-dua belah tangan sebelum ia dikongsi ke laman Facebooknya. Menurut laporan mStar Online, Dr Farzana berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulim dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Katanya, detik tersebut adalah ‘kenangan terindah’ kerana kedua-dua mereka tidak menyangka akan bertemu di situ. Tambahnya, ini merupakan kali peratama dia berjumpa suaminya ketika sedang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, Dr Farzana menjelaskan dia tidak bermain telefon bimbit ketika sedang memandu malah tiada niat menularkan video tersebut sebaliknya hanya dikongsikan sebagai kenangan. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya menyukainya namun ada juga yang mempertikaikan mengapa polis tidak menyaman wanita tersebut kerana menggunakan telefon pintar semasa memandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply