ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Vios facelift kini dibuka – Tiga varian, harga anggaran bermula dari RM75,701

Berita Tempatan

Views

Semalam baharu sahaja kami menyiarkan artikel mengenai iklan acah model Vios facelift dan hari ini secara rasminya Toyota Malaysia telah mula membuka tempahan untuk model tersebut secara dalam talian melalui laman web rasmi UMW Toyota dan juga di cawangan pengedar terdekat. Seperti yang dijangka, Vios facelift akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu J, E dan G, sama seperti versi hatchbaknya Yaris facelift.

Vios facelift tampil dengan wajah depan ‘lebih garang’ menerusi bampar baharu, jeriji yang lebih segar, kit aero yang datang sekali dengan lip depan serta lampu utama LED dengan triple bezel baharu dengan lampu nyalaan siang (DRL). Lampu depan rekaan baharu ini juga turut dilengkapi dengan fungsi follow-me-home yang kini ditawarkan pada semua varian.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Apa yang menarik, Vios facelift kini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense(TSS) yang terdiri daripada ciri amaran pra-perlanggaran (PCS) serta amaran penukaran lorong (LDA). Ciri-ciri keselamatan sedia ada pada model berkenaan, termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), peninjau titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA) dan perakam video digital di depan dan belakang (DVR) masih lagi dikekalkan.

Selain itu, Vios facelift juga satu-satunya kereta dalam segmennya yang dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS dan kamera pandangan panoramik 360-darjah 3D. Model yang dipertingkatkan ini turut dilengkapi sistem infohiburan dengan paparan skrin bersaiz tujuh-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP).

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Sistem telematik kenderaan juga ditawarkan sebagai standard bagi Vios (varian G & E), selari dengan arah tuju syarikat untuk mempertingkatkan Connectivity di bawah pengalaman jenama 360-T Plus. Model ini masih kekal menggunakan enjin pada model sedia ada 1.5L 2NR-FE dengan Dual VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 107 PS dan daya kilas maksima 140 Nm. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi CVT.

Lima pilihan warna ditawarkan, termasuk dua pilihan warna baharu, Orange Metallic dan Platinum White Pearl selain daripada warna-warna sedia ada seperti Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic. Vios facelift didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. Harga rasminya akan diumumkan kelak dan pelanggan boleh menikmati pengecualian cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan yang masih berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Berikut adalah harga anggaran Vios facelift mengikut varian:

  • Toyota Vios J – RM75,701
  • Toyota Vios E – RM85,674
  • Toyota Vios G – RM89,232

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply