ARKIB

KATEGORI

Tular

Lapan beradik sepakat hadiahkan Proton X50 Executive ganti kereta lama ayah

Tular

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang bapa begitu terharu setelah mendapat tahu lapan anaknya sepakat menghadiahkan Proton X50 bagi menggantikan kereta terpakai yang digunakan sejak sembilan tahun lalu. Menurut salah seorang daripada anaknya, Ahmad Fakhrurazi Mohamad, ibu dan bapanya tidak pernah membeli kereta baharu sepanjang 64 tahun hidup dan hanya mampu membeli kereta terpakai disebabkan mahu berjimat demi menyara mereka lapan beradik.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kata Ahmad Fakhrurazi, kereta pertama bapanya model adalah Toyota Corolla, dan kemudiannya bersilih-ganti dari Proton Saga, Proton Wira dan akhir sekali Proton Persona milik abangnya. Tambahnya, kereta impian banpanya sejak dulu ialah Toyota Camry dan mereka adik-beradik sempat membawanya ‘pandu uji’ seminggu sebelum mereka ‘memohon pinjaman’ untuk Proton X50.

Katanya, ibu dan bapa mereka juga telah dibawa untuk untuk memilih model Proton X50 termasuk warna yang digemari di sebuah pusat jualan kereta di Kampung Durian Burung di Kuala Terengganu, bulan lalu. Ahmad Fakhrurazi berkata, pada mulanya bapanya tidak setuju kerana harganya mahal dan bimbang bayaran bulanan yang perlu ditanggung oleh anak-anak.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Namun mereka berjaya meyakinkanya supaya tidak bimbang kerana bayaran bulanan dan sebarang servis akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka sehinggalah ia habis dibayar (sembilan tahun). Pinjaman mereka juga telah pun diluluskan dan kini hanya perlu menunggu dua hingga tiga bulan sahaja lagi untuk beri kejutan kepada ibubapa mereka.

Kisah ini turut dikongsikan oleh Ahmad Fakhrurazi ke laman group Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) semalam. Status yang dimuat naik itu telah mendapat 3,400 tanda suka, 273 komentar dan 108 perkongsian. Rata-rata warganet mengucapkan tahiah kepada mereka atas usaha murni yang dilakukan untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply