ARKIB

KATEGORI

Buletin

Patut la dia cabut lari, rupanya ada 13 rekod jenayah lampau

Berita Tempatan

Views

Seorang penjenayah bertindak memecut kenderaannya sebelum merempuh kenderaan lain gara-gara panik apabila kereta dihampiri polis, kelmarin. Menurut Harian Metro, dalam kejadian 10.18 pagi itu, sepasukan anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya ke sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kolam Air Lama, sejurus menerima maklumat terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pemeriksaan mendapati kereta berkunci dan enjin kenderaan masih hidup lalu mengejutkan lelaki itu. Jelas beliau, suspek tersedar tetapi enggan membuka pintu sebelum dia memecut laju. Anggota mengekori kereta suspek dan semasa di Jalan Ampang, suspek melanggar sebuah kenderaan lain.

Tambahnya, suspek meneruskan perjalanan menghala Jalan Tun Razak dan Kampung Baru sebelum berhenti di sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Orang awam yang berada di lokasi bertindak menutup pagar premis berkenaan.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Anggota polis kemudiannya memecahkan cermin kereta untuk menahan suspek sehingga jarinya cedera tetapi suspek merempuh pula pagar premis dan melarikan diri. Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang melakukan serbuan bersabit kes curi motosikal berjaya menahan suspek di sebuah bengkel di Kampung Melayu Tambahan, jam 11.55 pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek berusia 39 tahun itu adalah individu sama yang melarikan diri dari pemeriksaan polis sebelum ini. Hasil semakan, suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk dadah. Suspek kini masih dalam tahanan polis IPD Dang Wangi dan siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply