ARKIB

KATEGORI

Tular

Patut la lari, ‘tokan’ pil kuda rupanya

Tular

Views

Ingat tak lagi video aksi kejar-mengejar antara sebuah kereta peronda polis (MPV) Honda Civic dengan Jazz yang kami siarkan di laman Facebook, semalam? Rupa-rupanya ada kisah disebalik kejadian tersebut. Menurut Harian Metro, polis menahan pemandu dan penumpang sebuah kereta dan merampas 1,000 biji pil kuda selepas mengejar kenderaan itu sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, di Chukai, Selasa lalu.

Dalam kejadian 4.25 petang, kedua-dua suspek ditahan itu adalah lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 25 tahun. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya polis menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah berlaku di kawasan Kerteh.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Menurutnya, sebuah MPV yang ditugaskan ke lokasi kejadian terserempak dengan kereta dinaiki suspek di kawasan Batu Putih dalam keadaan mencurigakan. Tambah beliau, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek memecut kereta terbabit dan memandu dalam keadaan bahaya.

Ketika dikejar, anggota polis beberapa kali meminta pemandu kenderaan terbabit berhenti, namun suspek terus memecut untuk meloloskan diri. Hanyan berkata, suspek memandu dalam keadaan bahaya dan turut melanggar empat kenderaan awam sebelum mereka ditahan.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui lima paket plastik mengandungi 1,000 biji pil dipercayai pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20,000. Pihaknya percaya suspek ke kawasan terbabit untuk menjual dadah terbabit dan semakan mendapati suspek lelaki itu ada rekod lampau berhubung kesalahan dadah.

Kata Hanya lagi, mereka sedang menyiasat hubungan kedua-dua suspek dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman untuk perintah tahanan reman. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply