ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM cadang penggunaan ‘e-plate’ yang lengkap dengan cip keselamatan

Berita Tempatan

Views
Trend Jenayah Semasa Penularan Pandemik COVID-19 | Ruang Bicara PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara ini diseragamkan dengan ‘e-plate‘ atau nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan sebagai langkah untuk pencegahan jenayah.

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata perkara itu antara dicadangkan jabatannya kepada kerajaan dalam menyaingi perubahan teknologi dan menghadapi trend jenayah semakin sofistikated.

Kata beliau, sudah tiba masa negara kita menggunakan nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan atau e-plate yang mana ia sudah lama digunakan di negara maju selain di Singapura dan Thailand.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Tambahnya, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran ‘fancy dan sebagainya.

Sekiranya penggunaan nombor pendaftaran diseragamkan, ia dapat mencegah jenayah. Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran.

Disamping itu, ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat. Beliau berkata demikian dalam program Ruang bicara PDRM terbitan Bernama TV bertajuk ‘Trend Jenayah Semasa Penularan Pandemik COVID-19’, malam tadi.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Mengulas lanjut, Huzir berkata, penggunaan e-plate boleh membantu JSJ menangani kes kecurian kenderaan yang mana jenayah itu penyumbang tertinggi kepada kes jenayah di negara ini. Katanya, cadangan itu diusulkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Huzir berkata, bagi usaha pencegahan jenayah, pihaknya mencadangkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) mempunyai teknologi kecerdasan buatan (AI). Pihak JSJ mencadangkan membangunkan teknologi pemantauan menggunakan CCTV secara ‘masa nyata’ dengan AI di lokasi strategik contohnya, di lapangan terbang, pintu masuk sempadan dan kawasan tumpuan.

Katanya lagi, teknologi itu dapat membantu polis mengesan penjenayah dikehendaki, mengesan kejadian jenayah, mengesan pelaku jenayah dan mengesan kenderaan penjenayah serta memberi amaran awal kepada petugas di lapangan secara ‘masa nyata’.

Dalam pada itu, pihaknya turut mencadangkan untuk membangunkan sistem dan mempertingkat kemahiran dalam kalangan pegawai PDRM untuk menangani jenayah siber seperti penjualan senjata api haram dan penjualan barang curi dalam internet termasuk judi dalam talian selain transaksi jenayah menggunakan mata wang kripto.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply