ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOCAR pelbagaikan pilihan mobiliti bagi menggalakkan penggunaan EV di Malaysia

Rencana

Views

Bagi menangani isu perubahan iklim, entiti kerajaan dan swasta di seluruh dunia sedang berusaha ke arah menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) menjadi salah satu komponen penting dalam pembangunan ekosistem automotif dan mobiliti global.

Pengumuman cadangan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 baru-baru ini diharapkan ada penambahbaikan dilakukan terhadap ketersediaan kemudahan pengecasan dan pemberian insentif cukai untuk tujuan pembelian kenderaan elektrik.

Walaupun ada di kalangan pemerhati industri tertentu yang menyuarakan kebimbangan mengenai kurangnya pelaburan asing berkaitan EV kerana ketiadaan polisi jelas mengenai EV, SOCAR percaya bahawa kerjasama awam-swasta adalah kunci utama dalam usaha menggalakkan penggunaan EV di samping memacu pelaburan dalam industri bateri dan pengecasan.

Menurut ramalan industri, termasuk unjuran bahawa kira-kira 20 peratus kenderaan di Asia Tenggara bakal terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang 2025, diikuti dengan jualan EV melebihi jualan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICEV) di ASEAN mulai 2035.

Ini selari dengan unjuran bahawa pasaran EV global akan mencapai nilai AS$127.7 bilion menjelang 2022 dan berkembang hampir lima kali ganda kepada AS$568.2 bilion menjelang 2026. Maka tidak hairanlah wujud kebimbangan bahawa Malaysia kini sedang ketinggalan di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura dari segi pembangunan polisi mesra EV dan tidak mengambil bahagian dalam industri yang sedang pesat membangun ini.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

SOCAR membantu mengatasi halangan kebolehcapaian

Walaupun Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 menyasarkan untuk menangani isu pelepasan pengangkutan darat yang menyumbang kira-kira 20 peratus jumlah pelepasan di Malaysia, pengecualian cukai 100 peratus duti import dan eksais kenderaan elektrik sepenuhnya hingga 2022, diikuti dengan pengecualian 50 peratus di antara 2023 dan 2025, ia masih tidak dapat mengatasi sebahagian daripada faktor utamanya.

Kos bateri yang sangat tinggi, menjadikan kos EV 30 peratus hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding ICEV. Rancangan untuk menghasilkan EV keluaran tempatan seperti MyKar pada harga bawah RM50,000 pula, masih berada pada peringkat pembuktian konsep.

Oleh itu, apabila kita melihat bahawa rakyat Malaysia enggan membayar lebih bagi membeli sebuah EV, di mana kebanyakan daripada mereka mahukan harga yang sama dengan kereta biasa (23.88 peratus), atau sanggup membayar sehingga 10 peratus lebih tinggi (17.21 peratus) atau sehingga 30 peratus lebih tinggi (16.06 peratus), di sini terdapat ruang di mana SOCAR boleh membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos pemilikan EV.

SOCAR berhasrat menjadi pemangkin penggunaan EV di Malaysia dengan menggunakan data dan rangkaian zon SOCAR yang sedia ada. Pihaknya juga boleh meramal permintaan dan corak penggunaan dari hari pertama kenderaan ini mula disediakan.

Dengan penambahan EV ke dalam senarai pilihan kereta SOCAR, para pemandu berupaya menggunakan kereta-kereta ini tanpa perlu menanggung beban kewangan yang tinggi bagi membiayai kereta ini dan kos stesen pengecasan atau membayar kos penyelenggaraan.

Sebaliknya, mereka bebas untuk menikmati pengalaman mobiliti hijau tanpa kerumitan atau bebanan kewangan pemilikan kereta. Bagi mereka yang mahu berkongsi bebanan kewangan memiliki sebuah EV, TREVO sentiasa bersedia memberi mereka pilihan untuk berkongsi kereta mereka dengan ahli yang lain bagi mendapatkan sedikit wang tambahan.

Dengan adanya pilihan untuk menempah EV daripada senarai pilihan kereta SOCAR, lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat merasai manfaat penggunaan EV dan kemudahan mengecas yang tersedia menerusi rakan rangkaian pengecasannya.

Apabila kita mempunyai bilangan asas stesen pengecasan yang mencukupi, kita boleh bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk meningkatkan lagi pemilikan EV di samping mengekalkan nisbah stesen pengecasan dengan jumlah EV di jalanan pada kadar sekitar 1:7.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Pengumpulan data menggalakkan penambahbaikan infrastruktur secara bersasar

Sementara itu, data yang diperolehi boleh digunakan untuk mengenal pasti dan mengatasi halangan berkaitan infrastruktur, bagi menyokong peningkatan penggunaan EV. Sebagai contoh, syarikat utiliti negara seperti TNB boleh menggunakan data mengenai keperluan pengecasan untuk memastikan ada pusat pengecasan yang mencukupi dan keseimbangan bebanan tenaga elektrik yang efisien di semua lokasi strategik.

Penyedia mobiliti pula boleh bergantung kepada data platform SOCAR untuk memastikan stesen pengecasan ditempatkan di lokasi-lokasi yang tepat bagi memenuhi keperluan pemanduan dalam bandar dan jarak jauh. Perkhidmatan sokongan selepas jualan juga penting bagi menggalakkan penggunaan EV, dan dengan pelaburan SOCAR bagi menyediakan pilihan kenderaan EV miliknya yang terawal.

Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan jiran ASEAN yang lain, sasaran Malaysia untuk memasang 7,000 titik pengecasan AC dan 500 titik pengecasan DC di seluruh negara menerusi dana kerajaan, bermula dengan 2,000 titik pengecasan AC dan 200 titik pengecasan DC menjelang penghujung 20219 adalah satu matlamat yang menggalakkan.

Digabungkan dengan insentif kepada sektor swasta bagi membina infrastruktur rangkaian pengecasan pantas kebangsaan di bawah Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) sehingga 2030, matlamat lebih besar untuk mencapai 125,000 titik pengecasan menjelang 20304 dilihat selari dengan matlamat Singapura untuk menyediakan 28,000 titik pengecasan menjelang tahun yang sama.

Faktor penggalak yang lain

Meskipun penggunaan EV semakin meningkat di seluruh dunia, namun sektor ini baru mula mendapat perhatian di Malaysia. Selain daripada menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada EV atas faktor kelestarian, faktor ekonomi turut menjadi sebab utama kenapa Malaysia perlu melabur dalam inovasi hijau.

Terdapat unjuran bahawa enam juta pek bateri akan dilupuskan daripada kenderaan elektrik setiap tahun menjelang 2030, termasuk daripada senarai kereta SOCAR, dan ia boleh dikitar semula dan digunakan untuk membina pencawang jauh untuk menyimpan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Bagi SOCAR, mereka amat yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat pengangkutan neutral karbon sepenuhnya di masa depan. Walaupun masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan merangkumi keseluruhan rantaian nilai, kita semua boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencipta ekonomi kitaran yang lebih hijau dengan menjadikan perkongsian mobiliti elektrik lebih mampu milik dan mudah untuk semua rakyat di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply