ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pekerja kilang Toyota manfaatkan waktu lapang hasilkan RAV4 versi “Roti John”

Berita Global

Views
【楽しい工場見学】RAV4リムジンをみてきた!

Kenderaan jenis limosin atau kereta “Roti John” bak kata mantan MENHAN kita dulu sangat sinonim dengan negara Amerika. Namun di Jepun, pekerja kilang Toyota Motor Kataoka telah menggunakan waktu lapang mereka dengan mencipta sebuah limosin dari model SUV, RAV4 generasi baharu.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

RAV4 dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-K) turut dikongsi bersama dengan model Camry generasi kelapan dan Lexus ES. Bentuk luaran RAV4 versi limosin ini sememangnya agak pelik dari luar kerana ia dilihat seperti kereta yang dikerat dan disambung.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Bagi menghasilkan RAV4 limosin, seramai 200 tenaga kerja memanfaatkan waktu lapang mereka selama empat bulan bagi menyiapkan model ini. Menurut laman sesawang dari Jepun, Car Watch, projek “Takaoka RAV4 Limousine” dibina secara buatan tangan sepenuhnya.

Kereta yang berukuran 26 kaki panjang ini masih mengekalkan bilangan tempat duduk asal seperti model standar. Menurut ketua projek ini, tujuan mereka menghasilkan limosin RAV4 ini adalah semata-mata untuk menyahut cabaran kerana model ini tiada langsung dalam perancangan Toyota.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply