Sebuah lagi kereta yang dilelong sebagai sekerap menerusi laman lelongan Pickles Asia Auctions, telah menemui tuan baharunya. Apa yang menarik jentera rali Proton Wira Rally 4WD PERT yang pernah dipandu oleh Karamjit Singh bersama pembantunya Allen Oh ini telah berjaya dimiliki oleh pemilik akaun Facebook bernama Mfa Bob.
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
Katanya, jentera rali yang dalam keadaan usang ini akan dihidupkan kembali dan akan mengembalikannya seperti keadaan asal. Ia merupakan satu-satunya jentera rali Proton Wira PERT yang dilelong memandangan sebuah lagi jentera rali Mitsubishi Lancer Evo VI milik pasukan Petronas EON Racing Team telah ditarik balik oleh pihak Proton.
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
Nampaknya Mfa Bob terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar juga untuk membaik pulih jentera rali tersebut memandangkan banyak komponennya telah ‘lesap’ antaranya tempat duduk dan juga unit ECUnya. Sebelum ini, sebuah prototaip Proton Iriz 1.3 Turbo dengan transmisi enam-kelajuan manual (6MT) telah berjaya dibeli oleh pemilik akaun Facebook bernama Shahrul Nizam Abu Sidek.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
KOMEN TERKINI