ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek bakar kereta ditahan, ada enam rekod jenayah lampau dan positif dadah

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang ditahan kerana khianat membakar enam kenderaan di Bandar Bukit Tinggi di Klang baru-baru ini mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Suspek berusia 53 tahun tersebut berjaya ditahan kira-kira pukul 5.30 petang hari sama iaitu dua jam selepas melakukan jenayahnya itu di kawasan berhampiran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang juga penganggur tersebut juga didapati positif dadah jenis morfin.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, siasatan mendapati suspek menggunakan botol mineral disyaki mengandungi minyak bagi membakar semua kenderaan.

Siasatan lanjut mendapati suspek juga melakukan perbuatan khianat terhadap sembilan lagi kenderaan merangkumi van, kereta dan bas dengan memecahkan cermin di kawasan berhampiran.

Keseluruhannya terdapat 15 buah kenderaan dikhianat suspek termasuk membakar pada bonet kenderaan. Jumlah kerugian dianggarkan RM15,000.

Hoong Fong menambah, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar perbuatan suspek tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Jelas beliau, pihaknya mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek dengan kertas siasatan dalam proses dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Kes disiasat masing-masing mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan selain Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana di Jalan Batu Nilam 3, Bandar Bukit Tinggi di Klang, gempar apabila enam kereta dipercayai dibakar individu kurang siuman, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu turut menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun melecur di tangan ketika cuba memadamkan kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply