Perlumbaan drag, Battle of the King (BOTK) 2022 di Litar Permotoran Terengganu di Kuala Nerus hari ini dikejutkan dengan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pesertanya.
Menurut KOSMO! ONLINE, Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Kejadian pada pukul 11.35 pagi itu berlaku sewaktu Apeh Jamal yang berasal dari Ipoh, Perak sedang berlumba dengan menggunakan kereta jenis Mitsubishi Lancer Evolution VII.
Salah seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Awaluddin mendakwa, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa baru dilepaskan dari petak permulaan.
Tidak lama selepas itu, kereta tersebut dilihat tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas. Ia kemudiannya melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
Awaluddin berkata, Apeh Jamal yang juga bapa kepada dua orang anak telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Katanya, difahamkan pelumba drag terkenal tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital tersebut.
Kemalangan maut tersebut menyebabkan siri perlumbaan yang sepatutnya dijadualkan berakhir hari ini dibatalkan serta merta oleh pihak penganjur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit RedLine Underground
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI