ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tren sewa khas terpanjang KTMB catat nama dalam Malaysia Book of Records

Berita Tempatan

Views

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi perjalanan khas membawa 22 koc dari Kuala Lumpur ke Perak.

Menurut Sinar Harian, KTMB memaklumkan, tren sewa khas sempena program Great Eastern Takaful Berhad (GETB) National Final Sprint 2022 itu merupakan yang terpanjang dengan anggaran 500 meter dan membawa 700 penumpang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tren terpanjang ini menyediakan sebuah koc salon eksklusif, koc tempat tidur (tiga), koc tempat duduk premier kelas pertama (dua), koc tempat duduk superior kelas kedua (sembilan), koc basikal (satu), koc buffet (dua), koc chillax (satu), koc event (satu) dan sebuah lokomotif bersama dua gerabak ‘power generated car’.

KTMB turut menawarkan koc persidangan untuk memenuhi citarasa agensi-agensi korporat yang mahu adakan bermesyuarat atau bersidang di atas tren.

Acara perlepasan tren sewa khas terpanjang laluan Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Taiping itu disempurnakan Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dalam pada itu KTMB turut memaklumkan, kesemua koc terlibat mempunyai fasiliti berbeza dan boleh disediakan mengikut permintaan serta citarasa pelanggan.

Tren sewa khas KTMB mula diperkenalkan pada tahun ini dengan menawarkan koc-koc unik mengikut cita rasa pengguna.

Harga sewaan tren berkenaan bergantung kepada jenis koc yang diperlukan serta laluan dan jarak perjalanan pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply