Ini berita yang sedih kami perolehi dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Menurut laporan Berita Harian, seorang pelumba dari Indonesia maut dalam perlumbaan sokongan Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup petang tadi.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Afridza Munandar, 20 tahun meninggal dunia dalam insiden yang berlaku di Selekoh 10 pusingan pertama Perlumbaan 1 dan bendera merah terpaksa dikibarkan sejurus selepas kejadian. Pada awalnya beliau menerima rawatan perubatan di tepi litar sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter namun Afridza tidak dapat diselamatkan.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
Untuk musim ini, Afridza sudah meraih dua kemenangan, dua penamat di tempat kedua dan ketiga. Pada pusingan terakhir musim di SIC itu, Afridza sedang bersaing sengit memburu penamat dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan. Afridza sudah mengumpul 142 mata untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 15 mata di belakang pelumba di tangga kedua, Sho Nishimura dari Jepun dan 27 mata di belakang pendahulu yang juga dari Jepun, Takuma Matsuyama.
Salam takziah kami ucapkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
KOMEN TERKINI