ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tacqua – Kembar T-Cross versi China

Berita Global

Views

Volkswagen memperkenalkan SUV kompak terbaharu mereka Tacqua, khusus untuk pasaran China yang merupakan versi tukar lencana model T-Cross yang dilancarkan tahun lalu. Ada sedikit perubahan kosmetik dilakukan untuk membezakan T-Cross yang dikeluarkan oleh SAIC Motor Corporation Limited (SAIC)-Volkswagen dengan Tacqua yang dikeluarkan oleh First Automobile Works (FAW)-Volkswagen.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Kedua-dua model kembar ini dibangunkan dari pelantar MQB bersama model hatchback Polo dan setakat ini merupakan SUV terkecil dalam keluarga Volkswagen. Dari segi reka bentuk, Tacqua nampak lebih ranggi berbanding T-Cross dan ia disasarkan untuk menarik pembeli muda.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Ia menggunakan unit enjin yang sama, 1.5 liter dan 1.4 liter TSI dan ia menepati piawaian emisi Euro 6d-TEMP yang terkini. Tacqua dilengkapi dengan unit infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 8-inci yang serasi dengan aplikasi Apple CarPlay dan Baidu CarLife. SUV kompak ini bakal dilancarkan ke pasaran China pada bulan Disember 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply