ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Aruz cedera, tayar lori tercabut hempap bumbung depan kereta

Tular

Views

Seorang lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), di Sepang pada Selasa.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu lori yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak memberhentikan kenderaan selepas terdengar bunyi kerosakan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.37 petang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, ekoran daripada bunyi tersebut pemandu lori, lelaki tempatan berusia 30 tahun memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.

Selepas berhenti, pemandu lori terbabit melihat tayar bahagian kiri telah tercabut dan terkena kereta mangsa.

Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu mangsa berusia 39 tahun terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung hadapan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Kundang, Rawang pagi Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian keadaan jalan serta cuaca baik dan pihaknya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

Tambah beliau, polis telah merakam percakapan pemandu lori dan akan mengambil keterangan mangsa dalam masa terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply