ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh didenda sehingga RM1,425 jika makan dan minum ketika sedang memandu

Berita Global

Views

Pemandu-pemandu kereta di Australia boleh didenda jika mereka ditangkap dan didapati sedang makan dan minum ketika sedang memandu.

Menurut Sinar Harian, Jabatan Pengangkutan Queensland pada Selasa mengingatkan tentang undang-undang tersebut kepada para pemandu menerusi Facebook.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia menyatakan bahawa para pemandu boleh didenda A$575 (RM1,747) dan penolakan tiga mata pemanduan jika tidak mempunyai kawalan yang betul ke atas kenderaan atau jika memandu tanpa berhati-hati.

Di New South Wales, pemandu-pemandu yang ditangkap ketika sedang makan atau minum boleh didenda sebanyak A$469 (RM1,425 ) dan penolakan tiga mata pemanduan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dalam pada itu di Northern Territory, para pemandu boleh didenda sebanyak A$150 (RM455.93) untuk pemanduan cuai, manakala makan atau minum semasa memandu akan turut dipertimbangkan untuk dikenakan denda.

Makan atau minum ketika memandu di Tasmania juga boleh menyebabkan para pemandu kereta denda sebanyak A$173 (RM525.84 ) dan penolakan tiga mata pemanduan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit wvelaw.com

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply