ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu berhemah bakal terima ganjaran NCD tambahan mulai tahun depan – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan dijangka memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan bagi pengguna jalan raya yang bersih rekod kesalahan trafik pada awal tahun depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mekanisme mengenai perkara itu telah hampir siap dan butiran lanjut membabitkan usaha itu akan diumumkan pada hujung tahun ini.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Katanya, untuk melaksanakan usaha ini, ia memerlukan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kerajaan memerlukan data pemandu yang tidak melakukan kesalahan jalan raya dalam tempoh setahun. Tambahnya, jika pengguna jalan raya mempunyai rekod bersih, mereka layak terima diskaun insurans tambahan selain NCD sehingga 50 peratus bagi yang tidak mempunyai tuntutan kemalangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-60 Majlis Keselamatan Jalan Raya Raya Malaysia di Sepang, hari ini. Menurut Anthony lagi, ganjaran itu bukan sahaja dapat mengurangkan statistik kesalahan trafik tetapi juga dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna jalan raya.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Katanya, mereka layak menerima potongan diskaun insurans kenderaan sekiranya bersih daripada rekod kesalahan trafik dalam tempoh setahun. Ini juga dapat membantu pemain insurans daripada mengalami kerugian di mana boleh mengurangkan kemalangan akibat wujud yang berlaku ekoran perlanggaran undang-undang jalan raya.

Ujarnya lagi, ia adalah situasi menang-menang, selain mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat tetapi dapat mendidik pengguna yang berhemah. Anthony menambah, selain PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), usaha murni itu juga mendapat kerjasama penuh pemain-pemain insurans di negara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply