ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Nissan Almera 2020 dikesan di Kompleks Kargo KLIA

Foto Intipan

Views

Unit awal Nissan Almera 2020 berjaya dikesan di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. Sebuah treler yang membawa empat unit Nissan Almera 2020 telah berjaya dikesan dan beberapa foto sempat dirakam oleh Farhan, salah seorang pengikut laman Facebook rakan sekutu kami The Ajerul.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Secara kebetulan pula kami menerima beberapa maklumat terbaharu dari ejen Mat Bond berkenaan model tersebut. Katanya, unit-unit yang dikesan ini akan dihantar ke Jepun untuk pengesahan kualiti dan juga ujian perlanggaran di makmal Institut Penyelidikan Automobil Jepun (JARI).

Unit-unit ini sebenarnya adalah sebahagian daripada unit awal percubaan kejuruteraan untuk menguji fasiliti pemasangan tempatan (CKD) di Serendah. Ketika ini fasa percubaan kejuruteraan telah pun selesai dan hanya menantikan ketibaan komponen secara berperingkat dari Thailand.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sepatutnya fasa pengeluaran massa model sedan ini bermula pada suku pertama 2020, namun ia sedikit terlewat dari perancangan awal dan hanya bermula pada suku kedua. Sebuah lagi model Nissan, SUV kompak Kicks pula akan memulakan fasa pengeluaran sebelum akhir tahun 2020.

Kami jangka Nissan Almera 2020 akan dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai 2020, manakala Kicks mungkin dilancarkan sekitar bulan November atau Disember 2020 atau selewat-lewatnya Januari 2021. Nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply