ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Honda Civic ‘terlajak Kanjo’ di Jalan Genting Highlands ada 11 rekod saman

Tular

Views

Semalam tular satu rakaman video kamera pemuka (dashcam), kejadian sebuah Honda Civic yang hilang kawalan dan terbalik di KM 14.6 Jalan Genting Highlands. Rakaman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Menurut satu siaran media yang dimuatnaik ke akaun Facebook rasmi POLIS Bentong, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Zahar memaklumkan, kereta tersebut dipandu oleh warga tempatan berusia 27 tahun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hasil siasatan berdasarkan rakaman yang tular mendapati pemandu kereta itu dalam perjalanan pulang dari Serdang, Selangor menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Jelas beliau, setibanya di satu selekoh, pemandu tersebut telah memotong sebuah kenderaan lain, lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri ke bahu kiri jalan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Walaubgaimanapun, pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Tambah beliau, semakan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong (BSPTD) mendapati, pemandu kenderaan tersebut mempunyai 11 rekod saman.

Dalam masa yang sama beliau berterima kasih kepada masyarakat kerana prihatin dan sentiasa membantu pihak polis. Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply