Pelancaran kapal angkasa Starship oleh syarikat SpaceX milik Elon Musk dijadualkan hari ini, lapor Sputnik. “Esok, pelancaran percubaan,” kata Musk di Twitter pada Ahad.
SpaceX dalam ciapan di Twitter pada Ahad berkata, tetingkap pelancaran 150 minit untuk Starship akan dibuka pada 8 pagi AS (13:00 GMT) pada Isnin.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Musk memberitahu pengikut Twitter pada Ahad bahawa beliau bagaimanapun tidak mengharapkan kejayaan pelancaran SpaceX Starship dengan mengaitkannya dengan sejarah roket N1 Soviet, yang mempunyai reka bentuk roket yang sangat mengagumkan tetapi tidak pernah sampai ke orbit.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Jumaat berkata, ia memberi kelulusan kepada SpaceX untuk menjalankan ujian penerbangan pertama roket Starship dan Super Heavy bersepadu sepenuhnya yang sedang dibangunkan bagi membawa manusia ke Marikh.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
FAA berkata lesen itu sah selama lima tahun. FAA juga menyiarkan pelan operasi semasanya pada Jumaat dengan menyatakan Starship akan dilancarkan pada 17 April dari tapak pelancaran SpaceX di Boca Chica, Texas serta tarikh alternatif dari 18 hingga 21 April.
SpaceX membangunkan Starship kenderaan pelancar berat boleh guna semula sepenuhnya, yang dibangunkan untuk membawa anak kapal dan kargo ke orbit bumi, bulan, Marikh dan melewatinya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit SpaceX
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI