ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Kancil lusuh misteri ditahan kerana memandu melawan arus

Berita Tempatan

Views

Kami pernah memuat naik satu video mengenai sebuah kancil misteri yang dalam keadaan lusuh dan sangat uzur di laman Facebook. Semalam Harian Metro melaporkan, pemandu kereta tersebut telah ditahan gara-gara memandu secara melawan arus di Jalan Baru, Perai, Bukit Mertajam, kelmarin.

Sepasukan anggota polis peronda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai perbuatan pemandu tersebut yang dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4.30 petang dan anggota polis yang tiba di lokasi telah mengarahkan pemandu itu berpatah balik.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji

Pemandu kereta berkenaan mendakwa kenderaannya rosak dan anggota polis telah mengarahkannya pergi ke sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Mas yang berhampiran lokasi dia ditahan. Hasil pemeriksaan lanjut, lelaki yang berusia 45 tahun dari Raub, Pahang itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau atau dadah.

Namun, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadapnya kerana cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta. Menurutnya, tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan terhadap lelaki terbabit. Pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjong Bungah, Georgetown.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Foto dan video kereta tersebut telah tular di laman sosial baru-baru ini setelah dikesan oleh beberapa warganet di sekitar Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Pelbagai andaian dibuat, dakwaan awal mengatakan lelaki tersebut kurang siuman, namun ada juga warganet membuat spekulasi bahawa lelaki tersebut mungkin seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas risikan.

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan berharap ada ahli keluarga atau pihak berwajib tampil untuk membantunya. Akhirnya misteri Kancil lusuh telah terungkai dan kami berharap kehidupannya akan lebih baik selepas ini.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Kini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Saya rasa Perodua akan menjalankan CSR terhadap pengguna setia ini dengan refurbishment kancil ini serta axia kosong baru kepadanya kelak. Ala-ala pimp my ride gitu.


  • yang sangat misterii kereta ni selalu nampak di area selayang gombak kl macam mana boleh sampai seberang perai penang ???? kereta dia macam tu selalu tak pernah elok selalu kutip sampah kotak botol plastik simpan dalam kereta.

Leave a Reply