ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Geely Boyue facelift perlihatkan wajah sebenar

Foto Intipan

Views

Abang kandung Proton X70, Geely Boyue bakal berwajah baharu tidak lama lagi. Sebenarnya foto-foto awal Boyue facelift telah mula tersebar sejak tahun lalu dan kami pernah menulis artikel tersebut. Boyue facelift akan menampilkan rekaan luaran dan dalaman yang agak berbeza berbanding dengan versi semasa (X70).

Perbezaan paling ketara adalah pada bahagian depan yang menampilkan bentuk lampu, jeriji dan bampar dengan rekaan serba baharu. Gaya rekaannya banyak dipengaruhi oleh elemen pada model Geely Bo Rui terutama pada bentuk jeriji yang kini terpisah dari lampu utama.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji

Ia tidak seperti model semasa yang bersambung dan membentuk ‘single graphic face’. Rekaan sebegini nampak lebih matang, akan tetapi pada pandangan kami ia nampak sedikit ‘berusia’. Saiz lampu depannya juga nampak lebih kecil, namun ia diseimbangkan dengan jeriji bersaiz besar.

Dari sisi tiada perubahan ketara kelihatan tetapi apabila tiba di bahagian belakang, pereka Geely telah mereka bentuk semula susunan jalur cahaya lampu belakang dengan memasukkan elemen rekaan model Xing Yue@FY11. Bamparnya juga sedikit berbeza dan kelihatan lebih kemas.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Rekaan dalamannya turut mengalami perubahan yang ketara terutama pada papan pemuka yang kelihatan lebih moden dan elegan. Kami suka susunan butang-butang kawalan di bawah unit infohiburan yang nampak futuristik dan ia mengingatkan kami kepada i-Cockpit dari model Peugeot.

Boyue facelift akan dikuasakan oleh enjin serba baharu, 1.5 turbo yang menghasilkan 177 kuasa kuda dengan 255 Nm daya kilas dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT. Adakah Boyue facelift memberi gambaran awal kepada model CKD Proton X70 nanti?

Kita tunggu dan lihat!

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Automachi.com.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply