ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi putih ‘berlagak samseng’ ditahan

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta Perodua Myvi berwarna putih yang tular memandu dengan lagak ala samseng, membuat provokasi dan halangan terhadap sebuah kenderaan lain berjaya ditahan pihak polis semalam.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, suspek seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan di sekitar daerah Kuala Selangor.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pemandu kenderaan Perodua Myvi putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 9 Mei.

Suspek direman sehingga 13 Mei untuk membantu siasatan. Ahad lalu, pihak polis mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi selepas aksinya melakukan halangan terhadap kenderaan lain tular di media sosial pada Sabtu.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Kejadian menerusi video berdurasi 27 saat itu mendapat kecaman wargnet dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.

Mengulas lanjut Sarifudin berkata, pihak JSPT telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Tambahnya, JSPT Kuala Lumpur memohon mangsa atau pemilik video pemuka (dashcam) tersebut dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi tujuan membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply