ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Suzuki Swift maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah di Bayan Baru kira-kira jam 2.50 petang semalam. Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, dalam kejadian itu, K Vimaleswara, 30, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 4.10 petang.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Kata beliau, ketika kejadian dua buah kereta dan sebuah motosikal sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut sebelum dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa. Tambahnya, mangsa yang berasal dari Solok Kampung Jawa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana parah di kepala.

Pemandu kereta Perodua Myvi berusia 42 tahun hanya luka di tangan, manakala pemandu kereta Toyota Vios yang berusia 24 tahun pula tidak mengalami kecederaan, namun penunggang motosikal Honda RS150 berusia 51 tahun mengalami luka ringan di tangan. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa memandu keretanya dari arah Sungai Tiram menghala ke Georgetown. Pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa tidak sempat menghentikan kereta dipandunya atau kenderaannya itu mengalami masalah brek.

Tambah beliau lagi, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah keretanya yang terbalik. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Kini

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply