ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia serah City RS e:HEV kepada Invest Melaka Berhad

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah menyerahkan model City RS e:HEV serba baharu kepada Invest Melaka Berhad (IMB) semalam. Penyerahan kereta ini adalah hasil kerjasama dengan SOCAR Mobility Malaysia Sdn. Bhd. (SOCAR) dan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

En. Sarly Adle Sarkum, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia telah menyampaikan replika kunci kereta tersebut kepada Tuan Haji Ramli Bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad sebagai simbolik penyerahan dalam satu majlis yang diadakan di Menara MITC, Melaka.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali dan turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menurut En. Sarly, pihaknya gembira dapat menyerahkan kereta ini kepada Invest Melaka Berhad selain menyumbang kepada perkembangan industri automotif tempatan. Tambahnya, Honda mula beroperasi di Kilang Pegoh di Melaka lebih dari 17 tahun yang lalu dan kini mempunyai dua barisan pengeluaran dengan kapasiti pengeluaran sehingga 100,000 unit kenderaan setahun.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka, Invest Melaka Berhad dan semua pelanggan yang dihargai atas kepercayaan berterusan daripada mereka. Tambah beliau, Honda akan terus komited dalam memberi pulangan semula kepada semua rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply