ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu treler serah kotak berisi ganja di SJR

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu treler menyerahkan kotak berisi ganja yang dibawa bersama ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar Plaza Tol Lipat Kajang di Jasin, Sabtu lalu.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian jam 6.30 petang, suspek yang berusia 53 tahun itu bertindak demikian ketika polis menjalankan pemeriksaan ke atas treler berisi muatan cermin.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Deputi Superintendan Mohd Akmal Abdullah berkata, suspek dari negeri ini menghala ke Klang, Selangor dipercayai ketakutan lalu menyerahkan satu kotak kecil yang diambil dari ruang rehat di belakang kerusi.

Katanya, pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi satu ketulan tumbuhan kering dadah jenis ganja seberat 600 gram bernilai RM1,000.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambah beliau, suspek dipercayai bertindak sebagai ‘transporter dan membawa dadah dianggarkan bernilai RM1,000 untuk rakannya.

Menurutnya, saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif ganja dan hasil soal siasat suspek mempunyai empat orang anak dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply