ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu wanita mabuk rempuh kedai stesen minyak

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan seorang wanita yang disyaki mabuk nyaris maut selepas kenderaan dipandunya merempuh kedai stesen minyak di Kilometer 1, Jalan Pekan Tenom-Keningau, Tenom, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, wanita berusia 35 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dari Pekan Tenom.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Apabila sampai di lokasi, pemandu terbabit dipercayai hilang kawalan dan terus merempuh kedai stesen minyak berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid, kereta jenis Proton Saga dipandu wanita itu merempuh cermin hadapan kedai, peti sejuk dan beberapa rak barangan jualan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Katanya, pemandu tersebut hanya calar di lengan dan tiada mangsa lain termasuk pekerja stesen minyak berkenaan cedera. Tambahnya, polis sudah mengambil sampel darah pemandu untuk ujian alkohol kerana disyaki memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.

Hasan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua belas bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply