ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Peralatan pasukan Ángel Nieto lesap dicuri

Sukan Permotoran

Views

Ketika saingan Shell Motorcycle Grand Prix sedang ‘rancak’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berlaku satu kes kecurian peralatan perlumbaan pasukan Ángel Nieto yang telah ‘menggemparkan’ peminat sukan permotoran.

Menurut pengurus pasukan Aspar Gino Borsoi, pencuri telah melarikan sistem suspensi, angkup, cakera brek, komputer, peralatan, dan pemanas tayar. Beberapa peralatan dari khemah pasukan Gaviota Ángel Nieto yang menempatkan beberapa pelumba seperti Arenas dan Fernández dalam kategori Moto3, Dixon dan Cardelús dalam kategori Moto2, CIP Green Power (Binder dan Booth-Amos), BOE Skull Rider Mugen Race (Yurchenko dan Masaki), Reale Avintia Arizona 77 (Nepa), dan Red Bull KTM Garlic (Oncu).

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Mereka merupakan satu-satunya pasukan yang tidak mempunyai paddock khusus disebabkan ruang yang terhad dan khemah mereka diletakkan di tempat letak kereta P1 yang berisiko tinggi terdedah kepada kecurian.

Gino berkata, pasukannya telah kehilangan set penyerap hentak Moto3, angkup dan cakera brek, komputer, peralatan, pemanas tayar, spring fork dan penyerap hentak belakang. Mereka berharap agar pihak litar Sepang mengambil tindakan segera dan telah melaporkan perkara ini kepada IRTA yang merupakan persatuan equpos.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Pencuri tersebut telah melarikan peralatan perlumbaan Moto3 dan langsung tidak mengusik peralatan Moto2. Walaupun mereka telah menyelongkar laci alat ganti, namun tiada peralatan Moto2 yang lesap dan hanya beberapa peralatan tertentu seperti peralatan untuk membuka roda dan skru cakera brek motosikal Street dan juga pemanas tayar.

Persiapan pasukan Ángel Nieto kini terjejas namun beberapa pihak tampil untuk menghulurkan bantuan, antaranya WP Suspension dan pasukan SKY 46 yang telah membekalkan peralatan yang diperlukan bagi memastikan pasukannya dapat meneruskan perlumbaan. Katanya, pasukan dari Itali, SKY46 Valentino Rossi yang diterajui oleh Pablo Nieto memberitahu mereka mempunyai dua lagi suspensi Moto3 (yang bernilai hampir 3,000 euro).

Menurut Aspar, ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di litar ini kerana tiga unit komputer telah lesap tiga tahun yang lalu. Kini lima unit komputer telah dicuri dan jumlah kerugian dianggarkan sekitar 40,000 atau 50,000 euro termasuk komponen, alat ganti dan komputer. Jentera lumba mereka telah siap dipasang dan sedia untuk turun ke litar, namun masalah alat ganti akan timbul sekiranya ada pelumba yang terjatuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply