ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton Iriz R5 muncul juara di Woodpecker Stages Rally

Sukan Permotoran

Views

Jentera rali Proton Iriz R5 milik pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) berjaya mencatat kemenangan sulung mereka di Eventsigns Woodpecker Stages Rally 2019 sejak lulus homologasi dari FIA baru-baru ini. Lebih manis jentera rali yang dipandu oleh Oliver Mellors bersama juruarah Ian Windress itu muncul juara pada ketika negara kita sedang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-62.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Tempat kedua pula berjaya dimiliki oleh gandingan George Lepley dan Tom Woodburn, manakala Stephen Petch dan Michael Wilkinson melengkapkan kedudukan tiga teratas. Pasukan MEM pernah bertanding di Woodpecker Rally pada tahun 2013 menerusi jentera Proton Satria Neo S2000.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka semalam, pasukan itu turut mengambil kesempatan untuk mendedikasikan kejayaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos 2019. Syabas dan tahniah kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply