ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal boleh dibuat menerusi myEG mulai 9 Oktober

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat semua! Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara atas talian bermula 16 Oktober 2020. Ini tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL). Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepaada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Tambah kenyataan itu, pada waktu ini perkhidmatan secara atas talian menerusi sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM untuk kenderaan persendirian sahaja. Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter akibat penularan pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply