ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Super KIP mula turun berlatih lepas kena ‘sound’ dengan bos

Sukan Permotoran

Views

Selepas Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali mengeluarkan kenyataan berhubung ketidakpuasan hatinya dengan sikap pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang ‘ponteng’ latihan bermotor bersama rakan sepasukan seperti Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee, pelumba itu kelihatan mula turun berlatih.

Foto Super KIP sedang menjalani latihan mini bike bersama rakan sepasukannya telah dimuat naik ke laman Instagram Aleix Santacreu semalam. Menurut Harian Metro, Sebelum itu, pelumba negara itu dilihat melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara yang mewakili pasukan Inde Aspar, Hafizh Syahrin Abdullah meskipun pasukan sudah menyediakan program latihan di bawah pelatih, Aleix Santacreu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Razlan yang baharu tiba di Malaysia beberapa hari lalu, meluahkan kekecewaannya terhadap pelumbanya itu di dalam akaun Facebook selain menyatakan beliau dapat melihat perbezaan ketara cara kerja antara pelumba Eropah dan bakat tempatan. Katanya, beliau tidak hairan dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Namun, semasa beliau berada di Sepanyol kira-kira tiga bulan lalu, beliau melihat perbezaan daripada segi kerja antara pelumba Malaysia dan pelumba Eropah. Tambah beliau, pasukannya mempunyai enam pelumba dan kecuali KIP (Khairul Idham Pawi), semuanya menunjukkan peningkatan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Kata beliau lagi, pihaknya menyediakan segalanya secara sama rata. Ada yang menggunakan (khidmat Santacreu) seperti Xavi dan John, ada yang tidak seperti Jake (Dixon) yang duduk di UK (United Kingdom) dan ada juga yang mempunyai pelatih sendiri dan kadangkala Fabio pun turut menyertai latihan.

Franco Morbidelli pula berlatih bersama Akademi VR46. Ujarnya, jika keputusan tidak berapa baik, pihaknya mengharapkan pelumba tersebut berusaha lebih gigih dan mengikuti program disediakan, hatta John McPhee yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan carta pelumba Moto3 masih turun menyertai program juga.

Razlan turut meluahkan rasa kesal kerana peminat di luar sana hanya tahu melihat daripada sudut kenegaraan, patriotik dan bangsa Melayu sahaja. Katanya lagi, mungkin pelumba berbakat itu ramai tetapi berapa ramai yang sanggup memberi komitmen dan disiplin yang kuat. Khairul Idham mula menyertai pasukan pada 2019 dalam kelas Moto2 sebelum diturunkan ke kelas Moto3 tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aleix Santacreu

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply