ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP – PLUS rugi RM400 juta dalam tempoh tiga bulan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengalami kerugian kira-kira RM400 juta dalam tempoh tiga bulan bermula Mac berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu berkurangan sebanyak 90 peratus, daripada 1.7 juta kenderaan sehari kepada 170,000 kenderaan sehari dalam tempoh terbabit.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Kata beliau, hasil syarikat jatuh sebanyak 90 peratus iaitu pada Mac, April dan Mei, bagaimanapun, ia kembali meningkat bermula 6 Jun selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri. Namun katanya, RM400 juta tidak boleh diperoleh semula dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat dan pekerja.

Beliau berkata, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS kini meningkat kepada 1.5 juta sehari dan dijangka terus meningkat jika kerajaan membuka sepenuhnya pintu sempadan Malaysia-Singapura pada masa akan datang.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Katanya, pengurusan PLUS membuat banyak keputusan penting untuk mengelak impak yang besar kepada pengoperasian PLUS dan kebajikan pekerja melalui persetujuan pihak pengurusan dan kesatuan pekerja. Antaranya tiada penganjuran program atau sambutan seperti hari raya, tiada pakaian seragam baharu dan kenaikan gaji pada tahun ini.

Tambah beliau, pihaknya tidak akan memotong gaji pekerja dan akan memastikan kira-kira 3,800 orang dapat terus bekerja dalam situasi getir ini. Dalam pada itu, Azman berkata PLUS tidak melupakan aspek tanggungjawab sosial korporat kepada barisan hadapan khususnya pihak hospital di negara ini dalam menangani pandemik COVID-19.

PLUS telah menyalurkan RM1.2 juta bagi menyediakan peralatan perlindungan diri dan peralatan perubatan untuk disumbangkan kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Selain itu, pekerja PLUS turut membuat kutipan berjumlah RM128,000 untuk disumbangkan dalam bentuk fasiliti perubatan kepada tujuh hospital di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply