ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik kebun durian boleh mohon kebenaran rentas daerah

Berita Tempatan

Views

Tiada sekatan pada pemilik kebun durian untuk memohon kebenaran merentas daerah bagi melihat tanaman di tempat lain sekiranya permohonan yang dikemukakan betul serta memenuhi syarat.

Menurut K! ONLINE, ini kerana permohonan berkaitan adalah sama seperti mana bidang pertanian lain khususnya yang melibatkan rantaian makanan.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk memberi kelulusan rentas daerah bagi mereka yang memiliki kebun durian termasuk pemajak dan juga pekerja kebun.

Menurut beliau, pemilik kebun durian sama juga seperti pemilik kebun getah yang perlu berulang alik untuk mengusahakan tanaman atas tujuan pertanian. Pihaknya membenarkan pemilik kebun atau pemajak dan tiada halangan pada permohonan yang dikemukakan dengan bukti yang betul.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ujarnya, sebarang kegiatan pertanian memang diberi pertimbangan. Pihaknya juga tidak akan menyukarkan pekebun-pekebun ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kotak makanan kepada 10 penerima melalui Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Dalam perkembangan lain, Yahaya turut menasihatkan warga bandar ini agar terus kekal patuh pada arahan yang ditetapkan Ipoh kini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Katanya, ini termasuklah larangan melakukan aktiviti riadah secara berkumpulan atau beriadah di luar dari kawasan kejiranan yang ditetapkan.

Misalnya, berada di taman permainan tetapi berbual-bual dalam kumpulan. Tambahnya, jika hendak beriadah selagi ianya masih dalam lingkungan 10 kilometer pada kawasan tempat tinggal, maka ia dibenarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply