ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik kenderaan guna nombor plat ‘fancy’ akan diburu – Anggota polis tidak terkecuali

Berita Tempatan

Views

Polis akan memburu pemilik kenderaan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dengan memulakannya dalam kalangan pegawai dan anggotanya di negeri Johor, bermula hari ini. Berita Harian melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain.

Kata beliau, pihaknya akan memulakannya di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dahulu. Tambahnya, sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat rempit serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini.

Ayob Khan berkata, bermula hari ini hingga 31 Disember, polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy. Beliau berkata, ia termasuk mengubah plet kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya hingga mengelirukan serta sukar dibaca.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Kesannya, apabila penguat kuasa laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman plet kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang. Pemilik nombor kenderaan fancy boleh dikenakan tindakan Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Rule 6 (1) LN173/69 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

Mengenai hari pertama tawaran diskaun saman, Ayob Khan berkata, seramai 1,050 individu membayar 2,300 saman dengan catatan kutipan RM152,720. Katanya, mengikut statistik saman dari 2000 hingga 30 November lalu, hanya 27 peratus membayar saman membabitkan RM3.6 juta, manakala bakinya belum membayar RM9.6 juta saman keseluruhan.

Ujarnya lagi, saman yang layak mendapat diskaun kecuali berstatus bicara mahkamah, kesalahan Op Selamat tahun semasa, kemalangan tahun semasa, berstatus waran tangkap tahun semasa, membabitkan motolori 2018, 2019 dan 2020 serta berstatus No Compoundable (NC) 2018, 2019 dan 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply