ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bot laju ambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang secara interim mulai 1 Januari depan

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan feri yang digunakan bagi menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari tahun depan. Berita Harian melaporkan, feri sedia ada pula hanya akan diguna sebagai pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata penambahbaikan itu akan dilaksana secara interim bermula 1 Januari tahun depan hingga 30 Jun 2022 sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air diperkenalkan selepas itu.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Katanya, dua bot laju yang akan digunakan itu mampu membawa 200 penumpang dengan kepantasan perjalanan antara 10 hingga 15 minit serta kekerapan sebanyak 40 kali sehari. Tambah beliau, sepanjang tempoh itu, kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda, Georgetown dan Sultan Abdul Halim di Butterworth akan diubahsuai dan dinaik taraf manakala terminal di Georgetown dipindahkan sementara ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Ia dilakukan bagi menyediakan perkhidmatan feri yang lebih cekap dan keselesaan terminal malah kita memberi jaminan bahawa tambang juga akan dikekalkan sepanjang tempoh perkhidmatan interim ini. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Port Sdn Bhd, V Sasedharan dan Pengurus Besar SPPP, Monaliza Suhaimi.

Dalam perkembangan lanjut Teik Cheng berkata, perkhidmatan bot laju itu akan digantikan dengan feri baharu iaitu katamaran atau teksi air dan pengangkut kenderaan selepas tempoh interim bermula 1 Julai 2022 atau mungkin lebih awal.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Katanya, sebanyak tiga buah katamaran akan disediakan dengan kemampuan membawa sehingga 200 penumpang dengan kepantasan antara 10 hingga ke 15 minit dengan kekerapan 40 kali sehari dengan pengendalian di bawah Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Pengangkut kenderaan yang akan diperkenalkan pula hanya boleh digunakan pengguna basikal dan pembonceng motosikal dengan pengecualian kepada kenderaan empat roda bagi situasi kecemasan sahaja. Penggantian kepada bot jenis katamaran ini juga mengambil kira penjimatan yang dapat dilakukan memandangkan bot jenis ini mudah diselenggara.

Berbanding feri sedia ada ketika ini, kos membaiki sebuah feri mencecah sehingga RM2.2 juta dan kita juga sukar mendapatkan alat ganti kerana perlu diimport dari Jerman dan Sweden. Tambah beliau lagi, keadaan menjadi lebih sukar bagi kita menyelenggara feri sedia ada tahun ini apabila kita turut berdepan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply