ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik terawal Ora Good Cat terima kejutan, kereta dihantar terus ke rumah dengan ‘kotak hadiah’ lutsinar gergasi

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor Malaysia (GWM Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan kumpulan pertama kenderaan elektrik (EV), Ora Good Cat kepada pelanggannya.

Bagi menambahkan lagi keterujaan, kereta tersebut telah diletakkan di dalam ‘kotak hadiah’ lutsinar gergasi yang telah dibawa mengelilingi Lembah Klang.

Pelanggan terawal Ora Good Cat yang membuat pra-tempahan sebelum pelancaran rasminya pada 28 November 2022 turut menerima kejutan dengan kereta mereka terus diserahkan ke rumah oleh pihak GWM.

Ora Good Cat ditawarkan dalam dua varian, iaitu 400 Pro dan 500 Ultra. Varian 500 Ultra menjadi model paling popular kerana ia mampu bergerak sejauh 500 kilometer.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan kerusi urut elektrik di bahagian pemandu dan mod bantuan pemanduan pintar.

Antara pemilik terawal, Cik Liow dari Subang Jaya terkejut apabila GWM membawa kereta yang ditempahnya menggunakan ‘kotak hadiah’ lutsinar gergasi ke rumahnya.

Ora Good Cat merupakan kenderaan elektrik pertama yang diperkenalkan oleh GWM Malaysia yang mempunyai perancangan besar untuk mengeluarkan 9 model dalam tempoh 3 tahun.

Syarikat tersebut juga bakal memulakan operasi pemasangan tempatannya (CKD) pada 2023. Pada masa yang sama pengedar GWM, Superhub telah membuka bilik pameran jualan pertamanya di Puchong.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Superhub turut mempunyai sebuah lagi pusat servis 4S yang terletak di USJ, yang dijangka bakal memulakan operasinya pada bulan Februari 2023.

Lebih banyak lagi rakan servis bertauliah seluruh negara juga bakal dibuka, ini merangkumi Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Johor Bahru.

Great Wall Motor merancang untuk membuka 15 pusat jualan, yang kebanyakannya 3S, meliputi 70 peratus ibu kota Malaysia menjelang akhir 2023.

Gudang alat ganti GWM juga telah pun beroperasi dan bekerja sepanjang masa untuk memastikan rantaian bekalan dan inventori tidak terganggu.

Pada 2022, GWM mempergiatkan usahanya untuk berkembang ke negara-negara ASEAN termasuk Thailand dan Malaysia menerusi pembinaan Kilang Rayong GWM di Thailand, penubuhan anak syarikat tempatan GWM Great Wall Motor Malaysia pada Julai 2022 dan pelancaran Ora Good Cat pada November 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply