ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton S50 (SS11) RHD ditemui di Lebuhraya Elite, penguji siap buat ‘peace’ beb!

Foto Intip

Views

Ini foto intipan terbaharu model sedan Proton S50 (SS11) yang telah dimuatnaik oleh laman Facebook rakan kami, The Ajerul kira-kira sejam yang lepas.

Menurut Ajerul, unit ujian Proton S50 (SS11) versi pemanduan sebelah kanan (RHD) itu berjaya dikesan oleh rakannya bernama Fazrul Nazir pagi tadi di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE),  menghala ke Seafield.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jika anda perasan, salah seorang daripada penguji S50 (SS11) ini sempat menunjukkan simbol jari ‘peace‘ kerana menyedari kehadiran mereka dirakam. Kelihatan juga imbasan unit infohibur jenis terapung di belakang jari tersebut.

Unit ujian ini dilihat masih sarat dengan pelitup celoreng dan dilengkapi dengan bumbung suria (sunroof). Ada kemungkinan unit yang sedang diuji ini adalah varian andalan (flagship).

S50 (SS11) adalah model kembar kepada Geely Emgrand generasi keempat yang telah diperkenalkan ke pasaran Filipina. Model ini turut berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikatakan model sedan ini mampu memecut hingga ke kelajuan tertinggi 170 km/j.

Model yang bakal menjadi pengganti kepada model Prevé ini sepatutnya dijangka tiba pada suku kedua (Q2) 2023, namun pengenalannya mungkin ditangguhkan ke suku keempat (Q4) 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply