ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aduan jalan rosak: Kerajaan negeri Pahang ambil tindakan dalam tempoh 24 jam

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap aduan dan makluman orang ramai berkaitan kerosakan jalan raya di Pahang dalam tempoh 24 jam.

Berita Harian melaporkan, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada tahap kerosakan jalan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan pelbagai aduan diterima berhubung permasalahan jalan rosak di seluruh negeri.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ujar beliau, kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selaras dengan ketetapan piagam pelanggan JKR Malaysia.

Arahan telahpun dikeluarkan kepada pihak JKR supaya mengambil tindakan yang lebih proaktif dan segera terhadap segala aduan awam yang diterima.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Pihak Konsesi Penyelenggaraan Jalan Negeri di Kompleks Tun Razak (KOMTUR) di Kuantan, kelmarin.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Yang turut hadir, Pengarah JKR negeri, Datuk Hafizah Zakaria. Beliau berkata, kerosakan terutama jalan berlubang perlu dibaiki segera kerana mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal sekiranya hujan lebat dan di waktu malam.

Di media sosial, rakyat terus mengadu dan mengeluh mereka cedera terlanggar lubang akibat takungan air terutamanya penunggang motosikal.

Jadi beliau amat berharap pihak konsesi dapat mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kerosakan jalan raya ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fakhruddin Ariff

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply