ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peminat Euro 2020 kecewa kelibat ‘kereta kawalan jauh hantar bola’ tidak kelihatan

Berita Global

Views

Peminat Euro 2020 tampak kecewa selepas kereta mainan kawalan jauh yang membawa bola ke dalam padang pada perlawanan pembukaan saingan tidak kelihatan ketika aksi Wales menentang Switzerland.

Menurut Berita Harian, media sosial dipenuhi dengan pelbagai reaksi sebelum perlawanan pembukaan antara Itali dan Turki apabila bola dibawa masuk ke padang dengan satu persembahan unik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bola berkenaan dibawa masuk dan menuju ke arah pengadil perlawanan di tengah padang oleh sebuah kereta mainan kawalan jauh yang dibuat penaja kejohanan, Volkswagen. Begitupun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘gimik’ itu bakal dilakukan di sepanjang kejohanan.

Namun, menjelang perlawanan pertama Wales dalam kejohanan berkenaan, peminat dilihat kecewa apabila tidak ada tanda kemunculan SUV Volkswagen ID.4 kawalan jauh itu membawa bola rasmi Euro 2020.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pelbagai reaksi diluahkan di media sosial seperti Twitter sebaik saja menyedari kelibat kereta itu tidak muncul menjelang perlawanan di Baku. Salah seorang peminat berkata, dia sangat kecewa, kereta kecil tidak kelihatan di sepanjang perlawanan.

Seorang peminat lagi menambah, semua orang mahu melihat kereta itu dan baginya, kejohanan ini sudah mati. Selain itu, ada juga peminat berkata, agak mengewakan kerana tiada lagi kelibat kereta kecil yang membawa bola sebelum sepak mula perlawanan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reuters

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply