Setelah genap setahun berada di pasaran Malaysia, X70 pemasangan tempatan (CKD) akan memulakan operasi pembuatan di kilang baharu Proton di Tanjung Malim. Majlis perasmian operasi pembuatan itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan turut disaksikan oleh Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, An Conghui, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group serta barisan pengurusan kanan Proton.
Kos pembinaan kilang pemasangan baharu di Tanjung Malim ini telah menelan belanja sebanyak RM1.2 bilion. Pada masa yang sama, Proton juga telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal tempatan dan luar negara dalam memastikan segala komponen yang diperlukan mencukupi apabila aktiviti pengeluaran SUV ini bermula.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Menurut Datuk Sri Syed Faisal Albar, kilang baharu ini bukan sahaja akan menghasilkan produk-produk baharu yang akan dibangunkan bersama Geely tetapi ia juga akan berfungsi menjadi pusat pengeluaran bagi model pemanduan sebelah kanan yang akan mula dieksport ke seluruh dunia. An Conghui pula berkata, pengalaman perkongsian antara Geely Auto telah menghasilkan persefahaman yang mendalam dan mereka amat berbesar hati untuk membantu Proton merealisasikan aspirasi globalnya.
Menerusi pengeluaran X70 di Tanjung Malim, Proton juga secara tidak langsung telah membangunkan ekosistem baharu pembekal automotif Malaysia. Sebagai persediaan untuk memulakan aktiviti pembuatan, Proton bekerjasama rapat dengan pembekal-pembekal tempatan untuk memadankan mereka dengan syarikat-syarikat lain yang sudahpun membekalkan komponen untuk SUV tersebut.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Usaha-usaha ini telah membentuk tujuh kerjasama baharu di mana kedua-dua syarikat tempatan dan luar negara telah memulakan usaha sama mereka yang berpusat di Malaysia untuk berkongsi kecekapan dan sumber pengeluaran. Selain itu ia telah berjaya menghasilkan perjanjian teknikal dan pelaburan langsung asing, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM263 juta dan mencipta sebanyak 1,084 peluang pekerjaan.
Kata Datuk Darell Leiking, dengan adanya pembuatan X70 dan model-model lain di masa hadapan di kilang ini, Proton telah membantu membangunkan komuniti pembekal. Ini adalah penting kerana mereka merupakan tunjang di dalam industri automotif Malaysia dan penyumbang utama kepada ekonomi. Melalui pengenalan pelbagai teknologi baharu yang sekaligus membantu mengembangkan kecekapan industri dan di masa hadapan, kerajaan berharap ini akan membuka peluang Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi peneraju dalam pembekalan komponen automotif.
Tambahnya lagi, pembekal tempatan akan membantu Proton menghasilkan model-model kereta di masa depan yang lebih sesuai seiring dengan kehendak dan keperluan pembeli kereta di Malaysia. Melalui pelbagai pelan pengembangan perniagaan dan komitmen mereka untuk membangunkan pembekal tempatan, banyak syarikat dan pengguna di Malaysia juga akan mendapat faedah secara keseluruhan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI