ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Hari Lahir 12.12 Shopee – Proton X70 catat lebih 200 tempahan secara atas talian

Berita Tempatan

Views

Sempena Jualan Hari Lahir 12.12 di platform e-dagang Shopee, Proton X70 mendapat sambutan hangat di kalangan pembeli dan telah berjaya mencatat lebih 200 tempahan dalam tempoh beberapa hari. Menerusi tempahan secara atas talian ini, pelanggan ditawarkan dengan insentif khas yang membolehkan mereka menempah SUV itu dengan bayaran hanya RM99, berbanding bayaran tempahan seperti biasa iaitu sebanyak RM1,000.

50 pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember 2019 pula akan menerima baucar Shopee sebanyak RM2,000 selain tambahan promosi yang ditawarkan Proton pada bulan ini. Disebabkan perubahan pada corak pembelian masa kini, usaha sama dengan Shopee adalah salah satu langkah yang di ambil oleh jenama tersebut dalam mencari jalan atau cara baharu untuk berhubung dengan pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, mereka perlu bergerak seiring dengan perubahan ini untuk kekal relevan dan dalam pada masa yang sama juga menyusun strategi untuk menambah tarikan pelanggan melalui peningkatan jumlah pusat 3S/4S. Ini bukan kali pertama Proton menggunakan platform tempahan secara dalam talian kerana pada 12 Disember 2019 pelanggan boleh melakukan tempahan X70 secara dalam talian bermula sejak dari bulan September 2019.

Tempahan pra-pelancaran itu telah menerima lebih 10,000 unit dan kempen yang sama turut digunakan sewaktu pelancaran model-model yang lain pada 2019. Tambah Dr Li Chunrong, akan tiba masa di mana permohonan pembiayaan juga boleh dipohon serta diluluskan secara dalam talian dan Proton ingin menjadi antara yang pertama menggunakan teknologi baharu ini nanti.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, ini merupakan pengalaman baharu dan mengujakan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang mempercayai kelebihan dalam industri e-dagang. Shopee akan bersama-sama meneroka landskap e-dagang masa kini, di samping turut mencipta gaya hidup baharu di kalangan pengguna automotif.

Disebabkan tawaran semasa bagi X70 menerima sambutan hangat, Proton telah menambah penawaran produknya untuk memasukkan model Proton Iriz, Exora, Persona dan Saga melalui platform itu. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan melalui Shopee, layari https://shopee.com.my/proton.os.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply