ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantaran Myvi lewat – Perodua bagi 3,100 pelanggan rebat tunai

Views

Berita baik! Perodua akan menawarkan rebat tunai sebagai pampasan kepada baki 3,100 pelanggan yang sepatutnya menerima Myvi mereka sebelum 1hb September disebabkan gangguan sementara pengeluaran model tersebut seperti yang diumumkan menerusi satu siaran media pada 20hb Ogos lalu.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, kakitangan syarikatnya akan menghubungi setiap pelanggan yang telah menempah dan sepatutnya menerima Myvi mereka sebelum 1hb September untuk memanfaatkan tempoh kadar cukai sifar GST. Perodua ingin menawarkan rebat tunai kepada para pelanggan apabila kenderaan mereka didaftar nanti, sebagai pampasan di atas kesulitan yang dialami.

Mereka juga akan dimaklumkan mengenai masa penghantaran Myvi mereka dari semasa ke semasa. Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan daripada 6 peratus sebelumnya bermula 1hb Jun sehingga penghujung Ogos. Ini telah membawa kepada permintaan yang tinggi atas pembelian kenderaan. Pembeli menuntut agar kenderaan mereka didaftarkan sebelum 1hb September sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

Pada 20hb Ogos lalu, Perodua telah mengumumkan pengeluaran model terlaris mereka, Myvi baharu tergendala akibat gangguan bekalan daripada vendor. Perodua dengan rendah diri ingin memohon maaf bukan sahaja kepada mereka yang tidak dapat menerima kenderaan mereka sebelum SST diperkenalkan semula, tetapi juga kepada semua pelanggan yang telah menempah Myvi selepas daripada itu, kerana gangguan pengeluaran akan menyebabkan penghantaran kenderaan tergendala.

Perodua amat memahami kekecewaan dan rungutan yang diterima disebabkan perkara yang tidak diingini ini, dan akan sentiasa mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk memastikan pengeluaran Myvi dapat beroperasi semula secepat mungkin. Setakat ini, lebih daripada 68,000 Perodua Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya daripada lebih 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017 lalu, sekaligus menjadikannya model terlaris Perodua sepanjang tahun buat masa ini.

Banyak mana rebat yang Perodua bagi, itu kena tanya pelanggan yang menampahnya lah nanti ye!

JOM BACA >> INTIP : VISI 2020 – Adakah SUV Misteri Ini Model Pertama Kereta Nasional Ketiga?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply