ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak ditangguh

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kerajaan menangguhkan penguatkuasaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) sehingga akhir tahun ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata bagaimanapun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan pendidikan, advokasi dan juga memberi nasihat berhubung penggunaannya.

Kata beliau, kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi tahap keselamatan kanak-kanak tanpa membebankan rakyat, khususnya ibu bapa. Beliau menegaskan, penggunaan CRS akan diteruskan tetapi tiada tindakan saman dan ia dilanjutkan sehingga hujung tahun.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Tambah beliau, pihaknya sedang mengkaji dari segi ketinggian dan umur, contohnya di Jepun, kanak-kanak dibawah umur enam tahun, manakala di Eropah pula hingga 15 tahun, ada juga yang sampai (tinggi) 150 sentimeter (cm).

Ujarnya lagi, nilai ambang (tinggi) 135 cm dan (berat) 36 kilogram mungkin patut diterima pakai namun ia masih dalam peringkat kajian dan MIROS kini sedang melakukannya secara khusus. Beliau berkata demikian ketikaa menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (BERSATU-Libaran) pada sesi soal jawab lisan.

Menjawab soalan asal, beliau berkata, kerajaan sedar wujudnya kekangan memperluas pelaksanaan peraturan CRS kepada kenderaan perkhidmatan awam seperti bas henti-henti, bas ekpress, teksi dan kenderaan seru-pandu di atas faktor praktikaliti.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Sebagai contoh, katanya, peralatan CRS mungkin tidak sesuai dipasang di atas tempat duduk dalam bas selain kekangan menyediakan peralatan CRS bersesuaian untuk satu kanak-kanak oleh perkhidmatan teksi dan seru-pandu, mengambil kira saiz kanak-kanak yang berbeza-beza.

Beliau sudah mengarahkan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) untuk mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak persatuan pengeluar dan penjual kenderaan serta pihak pembuat dan pengimport CRS ke arah mengurangkan kos jualan CRS.

Bagi perkhidmatan teksi dan seru-pandu, penggunaan CRS adalah digalakkan. Penyedia perkhidmatan adalah digalakkan untuk menyediakan CRS universal bagi kegunaan pelanggan. Katanya, bagi meningkatkan tahap keselamatan penumpang di dalam bas ekspres, kerajaan sudah mewajibkan peraturan pemasangan tali pinggang keledar di dalam semua bas ekpress bagi bas binaan baharu bermula tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varianp

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply