ARKIB

KATEGORI

Tular

Penipu cuba nak ‘pau’ duit di R&R ditahan polis

Tular

Views

Baru-baru ini tular video yang memaparkan beberapa wanita yang ditahan oleh sekumpulan lelaki dipercayai ‘penipu‘ di  Nilai Utara dan ia telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Menurut Sinar Harian, detik cemas itu dimuat naik seorang mangsa menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya @lisaa_aa98 yang berkongsi bagaimana penjenayah mula menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan. Katanya, kejadian berlaku ketika mereka memberhentikan kereta di R&R tersebut bagi memeriksa kenderaannya yang mengalami gegaran ketika dipandu di lebuh raya.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Kemudian, mereka didatangi seorang lelaki yang bertanya mengenai masalah dihadapi. Lelaki berkenaan meminta izin memeriksa kenderaannya dan kemudian membuang ‘sesuatu’ sebelum mengisi air. Setelah selesai, mereka bertanya kepada lelaki tersebut berapa upahnya dan berharap dia hanya membantu, namun lelaki tersebut meminta wang sebanyak RM150 daripada RM200.

Jelasnya lagi, mereka nak membayar RM50 tetapi lelaki itu menolaknya. Mereka menjelaskan kepada lelaki itu, yang mereka hanyalah pelajar dan tiada wang tunai pada masa itu, tetapi lelaki itu menyuruh mereka memindahkan wang ke akaunnya. Lelaki itu turut mengugut untuk menahan mereka selagi wang itu tidak dipindahkan.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Lelaki tersebut enggan juga menerima jumlah yang ditawarkan dan memaksa mereka supaya memindahkan wang secara atas talian sebelum memanggil rakan-rakannya untuk mengepung kereta tersebut. Bimbang dengan keadaan itu, adik wanita berkenaan menghubungi pihak polis secara senyap-senyap.

Tidak lama selepas itu, polis tiba di tempat kejadian dan difahamkan lelaki terbabit telah ditahan manakala rakannya telah melarikan diri. Difahamkan lelaki yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 46 tahun dan polis meminta wanita itu meneruskan perjalanan. Ciapan di laman Twitter itu telah tular di media sosial dan mendapat 513,300 tontonan, 26,700 ulang kicau.

Rata-rata warganet bimbang keselamatan wanita tersebut dan ada di antara mereka juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi sama. Ada yang cuba ditipu oleh dua lelaki India yang menyamar sebagai penarik kereta dan ada juga yang mengalami situasi yang sama seperti wanita tersebut, melakukan perbuatan khianat dengan membuang air radiator di hentian sebelum itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply