ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pasukan wanita Proton R3 lakar kejutan di perlumbaan S1K

Sukan Permotoran

Views

Sungguhpun mendominasi podium pada perlumbaan Sepang 1000km (S1K) baru-baru ini,  sebenarnya kejayaan pasukan Proton R3 lebih tertumpu kepada pasukan trio wanita yang memandu Proton Saga iaitu Leona Chin, Faye Kusairi dan Nurul Husna. Mereka berjaya menamatkan saingan di tangga ketujuh dan ia merupakan pencapaian terbaik daripada barisan pelumba wanita, sekaligus membuktikan keberanian serta kecekalan mereka menempuh perlumbaan yang mencabar.

Ketiga-tiga mereka pertama kali digandingkan bersama dalam Siri Kejuaraan Malaysia (MCS). Faye dan Nurul dipilih melalui inisiatif pencarian pasukan pelumba wanita manakala Leona pula adalah pemandu profesional yang pernah bersaing di MCS. Meskipun ini pengalaman pertama mereka bersama dalam satu pasukan, kepantasan pemanduan ketiga-tiga mereka terbukti menonjol semasa sesi latihan, menetapkan masa yang meletakkan mereka di kedudukan lapan teratas secara konsisten.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Namun, terdapat masalah teknikal pada sesi kelayakan yang memerlukan mereka terpaksa bermula di petak belakang dalam saingan kelas M-Pengeluaran. Memulakan perlumbaan di petak ke-26 tidak sesekali mematahkan semangat mereka ketika di dalam litar. Dengan kesungguhan mereka itu maka tidak hairanlah mereka menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.

Menurut Faye Kusairi, perlumbaan ini memberikan pengalaman bermakna dan luar biasa bagi dirinya. Beliau kagum apabila dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh meskipun berada di petak ke-26 pada awal perlumbaan. Secara jujur, sekiranya mereka diberi peluang sekali lagi, beliau yakin mereka mampu untuk berdiri di atas podium.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Bagi Ketua Pasukan Proton R3, Gary Lee, barisan pelumba wanita pasukannya mempamerkan prestasi mantap dan kemahiran pemanduan yang baik untuk kembali berada di posisi hadapan. Ia adalah pencapaian hebat untuk berada di tempat ketujuh dan ini merupakan penamat terbaik yang pernah dicapai pada perlumbaan yang melibatkan pelumba-pelumba wanita.

Walaupun baharu sahaja berada di dalam barisan kereta R3, Saga 2019 telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi kereta litar yang pantas. Pasukan R3 perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk mempersiapkan model tersebut dalam tempoh masa yang singkat memandangkan ia dilancarkan pada 6 Ogos 2019, namun ia membuahkan hasil yang mengagumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, Saga merupakan kereta pertama yang digunakan dalam sukan permotoran. Sebelum ini mereka telah mempertaruhkan model-model lain tetapi sejak tahun lalu, Saga kembali dalam saingan MCS dan S1K 2018. Ini membuktikan prestasi hebat Saga dalam pelbagai kegunaan, dari kereta harian, kepada kereta keluarga serta menjadi jentera lumba di litar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply