ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjaja jalanan – Kerajaan Terengganu masih beri kelonggaran

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan kelonggaran kepada peniaga untuk menjaja di persimpangan lampu isyarat di negeri ini. Menurut Sinar Harian, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud kerajaan negeri membiarkan aktiviti perniagaan itu dijalankan tanpa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran berniaga di lampu isyarat, namun pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menyerahkan kepada PBT atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat aduan melibatkan faktor keselamatan. Setakat ini ada laporan diterima PBT berkaitan isu keselamatan melibatkan beberapa peniaga dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

Bagaimanapun, pihaknya masih lagi memberi kelonggaran sementara kepada mereka untuk berniaga asalkan mereka mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan orang ramai terutama pengguna jalan raya. Nurkhuzaini berkata, langkah kerajaan negeri itu diambil bagi memberi ruang kepada peniaga yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19 ketika ini.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pihaknya memahami kesusahan dan kekangan dialami rakyat. Sebab itulah kerajaan akan lihat dari semasa ke semasa berhubung perkara ini. Buat masa ini pihaknya tiada dasar lagi sama ada untuk menyekat atau menghalang mereka berniaga di lampu isyarat. Tambahnya, sebarang perkembangan akan maklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian semalam mendapati aktiviti menjaja makanan di persimpangan lampu isyarat di Kuala Terengganu masih berjalan seperti biasa. Penjaja biasanya akan aktif pada waktu tengah hari iaitu ketika pekerja di pejabat sedang rehat serta waktu petang ketika pulang ke rumah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply