ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi penjarakan sosial dalam tren dan stesen kendalian Rapid KL mulai esok

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd akan beroperasi secara normal seperti sebelum PKP termasuk mengakhiri peraturan berhubung penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula 10 Jun 2020. Ia susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Abdul Hadi Amran berkata langkah yang diambil itu adalah adalah sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk PKPP, yang mana membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Jelas beliau, bermula esok (10 Jun 2020) di bawah PKPP, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren. Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudahpun dikeluarkan.

Tambah beliau, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan. Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna supaya mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah seperti berikut:

  • Pengambilan suhu pekerja dan penumpang. Para pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.
  • Pemakaian pelitup muka dan hidung adalah WAJIB kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam.
  • Penggunaan cecair pensanitasi tangan.
  • Penggunaan fasiliti dan transaksi nirtunai (cashless) seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan.

Selain itu, penumpang juga digalakkan untuk memuat turun, menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas QR kod dan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di kawasan stesen. Rapid Rail dijangka mampu meningkatkan kembali jumlah keseluruhan penumpang Rapid Rail kepada 750,000 sehari; berbanding dengan di bawah 200,000 sehari ketika arahan PKP Bersyarat dijalankan.

Tambah Abdul Hadi, kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan seperti masa-masa lepas. Maklumat lanjut tentang perkhidmatan rel Rapid KL boleh didapati daripada laman-laman media sosial di Facebook @myrapid, Twitter @MyRapidKL atau menerusi talian 03-7885 2585.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply